Penyelesaian
Para
ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans
Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.
Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring
dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at
ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif
Tabarru'
Tabarru'
merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks
perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful
mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para
peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih
tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan
mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat
dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh
diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk
membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan
syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh
itu Tabarru' yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin
menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya.
Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung
Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan
kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang
besar maka kadar tabarru' yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan
risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah
pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana
amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh
disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan
operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah
dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru' yang
menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak
bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan
dengan kewujudan dasar tersebut.
Syarikat pengendali takaful
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi
di Malaysia
pada hari ini:- Hong Leong MSIG
Takaful Berhad (www.hltmt.com.my)
- Syarikat
Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
- ETiQa
Takaful Berhad (www.etiqa.com.my)
- Takaful
Ikhlas Sdn. Bhd. (www.takaful-ikhlas.com.my)
- Sun Life Malaysia
Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com)
- HSBC Amanah Takaful
(Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my)
- Prudential
BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
- MAA Takaful
Berhad (www.maatakaful.com.my)
- Great Eastern Takaful
Berhad (www.i-great.com)
- AIA AFG Takaful
Bhd.(www.aia-afg.com.my/en/)
- AIA PUBLIC Takaful Bhd
(www.aiapublic.com.my/)
- AmFamily Takaful Berhad
(www.amtakaful.com.my)
Persatuan Takaful
Malaysia (www.malaysiantakaful.com.my) telah ditubuhkan pada 29 November 2002
di bawah Akta Persatuan Malaysia 1966.
Rujukan :
Takaful. (2014, Oktober 1). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved 08:27, Januari 9, 2015 from http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Takaful&oldid=3489256.
No comments:
Post a Comment