Salah
satu cara mengelaskan sukan ialah berdasarkan tujuan sukan itu.
Lumba
- dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)
- tenaga manusia (lumba lari, renang,... )
- tenaga luar (perahu layar, F1,...)
Lawan
- pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...)
- gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)
- kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)
Pencapaian
- pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)
- kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...)
- sasaran (menembak, golf, memanah,...)
Gabungan semua
Sukan profesional ialah sukan
pesertanya mendapat bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya, bertentangan
dengan sukan amatur.
Profesionalisme telah meningkat melalui pembangunan media massa
dan pertambahan kelapangan masa masyarakat. Kedua-dua faktor ini telah
menghasilkan penonton yang lebih ramai yang membolehkan persatuan sukan atau
kelab mendapatkan wang tajaan yang lebih besar. Kesannya, lebih ramai ahli
sukan berupaya menjadikan bersukan sebagai kerjaya dan mengekalkan status
masyhur. Ini membawa banyak kebaikan, misalnya meningkatkan tahap kecekapan
sukan tersebut dan meningkatkan kepopularan sesetengah sukan, serta dilihat
cuba mengasingkan peserta amatur daripada sukan profesional.
Terdapat
banyak masalah berlaku disebabkan peningkatan profesionalisme atau cubaan untuk
menghalang profesionalisme. Ini disebabkan profesionalisme dilihat cuba
menyerang etos pusat sukan iaitu bersukan
hanyalah untuk mendapatkan keseronokan dan bukannya sebagai sumber hidup.
Rujukan :
"Sukan profesional." Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.
"Sukan." Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.
No comments:
Post a Comment