Thursday, 8 January 2015

APA ITU INSURANS DAN TAKAFUL INSURANS??

Insurans 

Dalam bidang perundangan dan ekonomi, insurans merupakan satu bentuk 
pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. 

Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).


Tempoh atau berlakunya kerugian mesti pasti.

Kadar kerugian mestilah boleh dijangka: Agar dapat menetapkan premium (harga) yang menjamin mestilah mampu menganggar risiko dengan tepat. Sekiranya perlindungan itu unik, pemegang insuran akan membayar premium tinggi yang lebih seimbang. Lloyd's of London seringkali menerima perlindungan unik. (contoh., memberi perlindungan insuran kaki Tina Turner)

Takaful


Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allahkepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Sumber daripada :
Takaful. (2014, Oktober 1). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved 02:41, Januari 9, 2015 from http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Takaful&oldid=3489256.
Insurans. (2013, Mac 8). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved 02:43, Januari 9, 2015 from http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Insurans&oldid=2786796.



No comments:

Post a Comment