Showing posts with label Great Eastern Takaful Berhad. Show all posts
Showing posts with label Great Eastern Takaful Berhad. Show all posts

Monday, 9 March 2015

I-EARLY PAYOUT - CRITICALCARE RIDER


WITH THE FIRST EVER TAKAFUL PLAN IN MALAYSIA THAT PAYS OUT AT EARLY STAGES OF CRITICAL ILLNESS, HAVE FAITH THAT YOUR NEEDS ARE MET...

DO NOT LET THE UNEXPECTED STALL YOUR LIFE....

The unexpected may occur in your life no matter how well you plan for your future.  We however have the product that will turn the unexpected events into something financially manageable.

With the desire to provide the right product to help you through the setback, we have designed an exclusive takaful product in Malaysia, called i-Early Payout CriticalCare Rider (i-EPCC) that pays out at the early stages of critical illnesses.

i-EPCC is a unique investment-linked takaful rider, which pays upon early diagnosis of a critical illness, before the illness becomes severe.  This protection gives you peace of mind and takes the worry of any early expenditure on the early stages of critical illness.  This will enable you to focus on your recovery.

Enjoying life doesn't need to stop just because you are suffering from critical illness

So...if you need more info in this product or other Great Eastern Takaful product....or you just need Quotation in within your budget...contact me...through whatsapp/sms/telegram 0196611565 or simply drop me an email saypoolsgov@gmail.com




Sunday, 8 March 2015

I-GREAT DAMAI


"NIKMATI PERKARA YANG LEBIH BAIK DALAM KEHIDUPAN DENGAN PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF YANG BERPATUTAN " 

( "ENJOY THE FINER THINGS IN LIFE WITH AFFORDABLE COMPREHENSIVE PROTECTION " )

Konsep Takaful

Takaful merupakan konsep saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab.  Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru' (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.

JALANI HIDUP DENGAN SEPENUHNYA....

Jalani hidup dengan sepenuhnya adalah mengenai memiliki semua perkara yang diingini.  Anda bebas memenuhi semua perkara yang diingini.  Anda bebas memenuhi matlamat hidup tanpa perlu bimbang tentang masa depan.  Anda inginkan peluang untuk merealisasikan matlamat tersebut dan pada masa yang sama masih kekal dilindungi...dari segi kewangan dan perubatan....

Memperkenalkan i-GREAT DAMAI.... Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang mampu dimiliki, menjadi pelindung anda untuk menghadapi perkara di luar dugaan serta membantu mencapai matlamat dengan minda yang tenang.

i-GREAT DAMAI menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal.  Dengan serendah RM100 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini...hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram 0196611565 atau email saya saypoolsgov@gmail.com




Saturday, 7 March 2015

GREAT EASTERN TAKAFUL


Great Eastern Takaful Berhad ( dahulu dikenali sebagai Great Eastern Takaful Sdn Bhd ) merupakan sebuah syarikat usahasama antara I Great Capital Holding Sdn Bhd ( I Great ), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera  (M) Berhad, yang telah berjaya mendapatkan lesen operasi pada 6 Disember 2010 dan dilancarkan secara rasmi pada 10 Disember 2010.

GETB membawa pendekatan 'Takaful Untuk Semua' dengan visinya "Menerokai Kehidupan Hebat dan Ceria : TAKAFUL UNTUK ANDA & SAYA".  Syarikat usahasama ini memperluaskan penawaran dalam mempertingkatkan perkhidmatan kewangan Islam dan juga keupayaan perkhidmatan kepada para pelanggannya dengan mencabar operasinya ke tahap yang baru dalam industri Takaful yang sedia ada.

GETB telah dianugerahkan anugerah "Pengendali Takaful Baru Terbaik 2011", anugerah "Institusi Baru Terbaik 2012" dan "Pengendali Takaful Terbaik Asia 2013" oleh Islamic & Business Finance yang berpangkalan di Dubai.

Produk-Produk Great Eastern Takaful


  1.  I-Great Damai
  2.  I-Great Amal
  3.  I-Great Iqra
  4.  I-Great Abadi
  5.  I-Great Teras
Maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi saya 0196611565 untuk mengetahui produk-produk Great Eastern Takaful secara lebih mendalam ataupun jika anda berminat untuk mendapatkan Quotation yang bersesuaian dengan budget anda...Saya sedia untuk membantu anda...




Friday, 9 January 2015

Penyelesaian Insurans Konvensional

Penyelesaian

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'

Tabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru' yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru' yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru' yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Syarikat pengendali takaful
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia pada hari ini:
  1. Hong Leong MSIG Takaful Berhad (www.hltmt.com.my)
  2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
  3. ETiQa Takaful Berhad (www.etiqa.com.my)
  4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (www.takaful-ikhlas.com.my)
  5. Sun Life Malaysia Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com)
  6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my)
  7. Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
  8. MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my)
  9. Great Eastern Takaful Berhad (www.i-great.com)
  10. AIA AFG Takaful Bhd.(www.aia-afg.com.my/en/)
  11. AIA PUBLIC Takaful Bhd (www.aiapublic.com.my/)
  12. AmFamily Takaful Berhad (www.amtakaful.com.my)

Persatuan Takaful Malaysia (www.malaysiantakaful.com.my) telah ditubuhkan pada 29 November 2002 di bawah Akta Persatuan Malaysia 1966. 

Rujukan :
Takaful. (2014, Oktober 1). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved 08:27, Januari 9, 2015 from http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Takaful&oldid=3489256.