Sunday, 2 August 2015

Petua dan Cara Berpantang Selepas Bersalin

Sesuatu yang menggembirakan apabila kita telah selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini...Kita memang excited nak tengok, nak pegang dan nak peluk buah hati kita setelah 9 bulan dalam kandungan kita...tetapi dalam keghairahan kita menerima 'orang baru' dalam hidup kita..kita jangan lupa tentang diri kita sendiri...penjagaan diri kita selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai amalan berpantang selepas bersalin...

APA ITU AMALAN BERPANTANG??

Amalan berpantang merupakan satu amalan yang dilakukan ke atas ibu-ibu selepas bersalin yang bertujuan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan samada secara luaran atau dalaman.  Biasanya amalan berpantang ini dilakukan selama 44 hari iaitu bermula dari hari pertama selepas bersalin. Berpantang secara tidak keterlaluan tidak akan memudaratkan kesihatan ibu tersebut malahan kebanyakan ibu-ibu muda juga masih mengamalkan cara perubatan tradisional serta petua orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri semasa berpantang.  Hakikatnya amalan berpantang ini juga merupakan satu proses pemulihan kesihatan dan emosi ibu tersebut.  Kaedahnya adalah pelbagai, bergantung kepada budaya dan keturunan seseorang.  Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu. 


MENGAPA AMALAN BERPANTANG ITU PENTING??

Amalan berpantang ini penting untuk memastikan siibu benar-benar pulih dan sihat dan juga agar kitaran haid akan kembali normal bagi perancangan keluarga.  Rawatan badan secara luaran dan dalaman serta pemakanan perlu dikawal rapi sehinggalah tamat tempoh berpantang.  Proses berpantang ini wajib dilakukan oleh setiap ibu yang baru melahirkan anak kerana pelbagai komplikasi yang telah dilalui sepanjang proses kehamilan dan kelahiran.  Contohnya seperti menggunakan banyak tenaga semasa menahan kesakitan, ketika meneran bayi keluar yang manaurat saraf menjadi tegang dan kejang malahan ada yang mengalami kekurangan darah kerana banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran.

Rawatan berpantang perlu dilakukan secara tetap supaya dapat mengembalikan bentuk badan kepada asal terutamanya amalan pemakanan harian, ibu-ibu perlu makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.  Selain itu, ibu-ibu juga perlu mendapat rehat yang cukup untuk mengelakkan rasa pening. 
Bagi ibu-ibu yang pertama kali mendapat cahaya mata mungkin akan mengalami apa yang dikatakan sebagai "baby blues" disebabkan waktu tidur mereka diganggu pada waktu malam kerana bayi menyusu dan meragam.  Oleh itu, ketika bayi sedang tidur para ibu haruslah mengambil kesempatan juga untuk tidur dan berehat seketika.  Kadangkala para ibu akan berasa tertekan dengan suasana baru ini tetapi dinasihatkan agar para ibu mengawal perasaan dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Pemakaian stokin dan baju panas juga amatlah penting untuk memastikaan badan kita tidak dimasuki angin dan bentan.  Menurut orang tua-tua, sekiranya kita tidak memakai stokin maka dikhuatiri kita tersepak benda-benda yang keras yang boleh menyebabkan tumpah darah berlaku.  Selain itu, para ibu juga adalah dilarang untuk mengangkat benda-benda yang berat kerana dikhuatiri peranakan atau rahim kita akan jatuh.

Amalan berurut, bertungku, bertangas, berbengkung, mandi herba, pilis dan lain-lain sangatlah penting dilakukan untuk mempercepatkan pemulihan badan termasuk untuk pelancaran darah, mengecutkan peranakan, mengembalikan kesegaran badan dan mengelakkan urat dimasuki angin.

TIP DAN CARA BERPANTANG

1. Bertungku
Bertungku sangat penting untuk membantu memecahkan darah beku dalam badan dan juga mengurangkan stress ibu.  Orang yang bersalin secara ceasar tidak digalakkan untuk bertungku di bahagian perut tetapi boleh dilakukan di bahagian badan yang lain seperti belakang badan dan kaki.

2. Berurut
Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa proses kelahiran.  Urutan biasanya dilakukan selepas beberapa hari kelahiran dan biasanya bidan yang mengurut akan melakukannya selama 3 hari.  Bagi mereka yang bersalin ceasar, urutan pada perut hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan kelahiran kerana dikhuatiri luka pada bahagian pembedahan belum sembuh sepenuhnya.

3. Berbengkung
Pemakaian bengkung bukan sahaja untuk merampingkan pinggang tetapi ia juga amat penting untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul, dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.  

4. Berpilis
Merupakan sapuan herba pada bahagian dahi untuk mengurangkan pening dan loya.  Badan kita banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran oleh itu pilis digunakan untuk membantu mengurangkan pening dan kelam mata.

5. Mandi air rebusan
Part ini yang paling best...sebab kita akan mandi menggunakan air panas dicampurkan  dengan daun-daun herba.  Air rebusan daun-daun herba ini bukan sahaja mengembalikan kesegaran tubuh, tetapi juga mengembalikan kesegaran urat saraf dan menenangkan badan dan fikiran.  Antara bahan yang digunakan untuk membuat air rebusan adalah seperti sintok, daun mengkudu, serai wangi, daun pandan dan daun sirih.  Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang.  Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.

6. Minum ubat air periuk
Ubat periuk sememangnya rasanya tidak sedap dan pahit tetapi pada masa sekarang mudah didapati dalam bentuk uncang dan teh...bancuh sahaja terus minum dan kepahitannya juga kurang sedikit jika dibandingkan dengan ubat periuk yang menggunakan akar-akar kayu yang semulajadi.  Ubat periuk ini sememangnya baik untuk kesihatan dalaman seperti mengawal haid berlebihan dan keputihan, melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga, menyenangkan pembuangan air besar, mengeluar angin dalam badan dan menambah seri pada muka agar tidak pucat.

7. Rehat secukupnya
Selepas bersalin, kita terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru dan karenah bayi...sekiranya segala tip di atas telah diikuti tetapi kita tidak mendapat rehat yang secukupnya juga tidak akan memberi kesan pada kesihatan diri kita.  Oleh itu, pastikan para ibu mendapat rehat secukupnya terutama sekali pada mingu-minggu pertama selepas bersalin.  Waktu berpantang adalah waktu untuk para ibu memulihkan kesihatan badan dan luka-luka dalaman.  Apabila bayi tidur, masa itulah ibu juga turut tidur dan berehat.  Jangan pada waktu bayi tidur, ibu sibuk pula melakukan kerja-kerja rumah.

Oleh itu, proses kelahiran merupakan suatu proses yang menggembirakan bukan sahaja pada ibu tetapi kepada semua ahli keluarga...walaubagaimanapun, para ibu haruslah mementingkan kesihatan diri sepanjang tempoh berpantang kerana ianya memberi faedah besar bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga pada masa akan datang terutama sekali pada usia tua nanti.

Kepada semua para ibu...Selamat Berpantang.....


Monday, 1 June 2015

Keperluan bayi baru lahir

Tahniah..tahniah kepada semua mama-to-be...pasti excited untuk menyambut baby especially yang sulung..tak kisahlah samada baby girl atau baby boy...yang penting baby sihat dan ibu pun sihat dan semuanya berjalan dengan lancar semasa kelahiran...anyway...kepada first time mama-to-be and papa-to-be tentu nk tahu keperluan asas yang perlu ada untuk menyambut baby kita...so di sini diberikan serba sedikit cadangan keperluan baby dan juga ibu sekali...

PERSIAPAN MENYAMBUT BABY


Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.


PAKAIAN BABY

Memang rambang mata kita nak membeli baju baby especially first timer ditambah lagi dengan lambakan baju-baju baby yang cute and cantik...anyway...sebagai permulaan belillah pakaian asas baby sahaja and dinasihatkan agar membeli saiz yang besar sikit...mungkin 1 month atau 6 months sb kita tak tahu sebenarnya saiz baby kita dalam kandungan...tidak digalakkan membeli new born kerana baby cepat membesar so pakaian new born ni hanya sekejap sahaja digunakan

Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
LAMPIN

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah

SET MANDIAN & SET PENJAGAAN 

Sebagai permulaan, tidak digalakkan memandikan baby dengan sabun atau produk mandian baby sebab kulit baby agak sensitif...oleh itu anda disarankan menggunakan pek percubaan sahaja untuk melihat kesesuaian produk dengan kulit baby dan memandikan baby dengan air suam sahaja.

Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi (minyak kayu putih )
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut 
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Cungkil Telinga (putik kapas)
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

TIDUR

Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut

PENYUSUAN


Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik) -manual meletihkan. digalakkan guna elektrik (saya menggunakan jenama Avent, mahal sikit tapi berbaloi)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu (saya menggunakan jenama Avent juga)

KELENGKAPAN KE HOSPITAL

UNTUK MAMA :


1) Kad Lawatan Hospital/Buku Merah (wajib)
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 1
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku - yang ni beli masa dah masuk wad pun tak pe
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - Kalau perlu
14) Selipar -1
15) Minyak Angin
16) Air Zam Zam (kalau ada)
17) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
18) Termos Air Panas
19) Bag Plastik (isi baju yang dah dipakai a.k.a baju busuk..hihi)
20) Baju Sejuk (Sweater) -1
21) Sikat -1
22) Breast Pad (menghindarkan baju basah akibat susu badan yang meleleh) - 4
23) Nursing Bra - 4
- Perhatian! Barang kemas tidak dibenarkan dipakai -


Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 10
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi - tak perlu rasanya sebab hospital akan mandikan baby.
Tapi kalau nak prepare siap2 apa salahnya
8) Selimut/Bedung -2
9) Barut - 5
10) Topi - 1

Kesemua keperluan dan kelengkapan ke hospital ini perlu disediakan bila kita dah masuk trimester ketiga..dalam 7 bulan ke atas kerana pada masa ini kita tak tahu bila kita akan bersalin..kekadang bersalin awal..bayi pra-matang...kekadang bersalin lewat..bayi terlebih bulan dan kekadang ikut tarikh yang diberikan oleh doktor...bayi cukup bulan...Keperluan dan kelengkapan ini hendaklah disimpan dalam dua beg iaitu satu beg untuk mama dan satu lagi beg untuk baby dan sentiasa berada dalam kereta yang selalu kita gunakan supaya bila masanya tiba kita tidak akan tercari-cari atau kelam-kabut..biasanya untuk anak sulung samada dia lewat sedikit atau mengikut tarikh yang telah diberikan sekiranya tiada sebarang komplikasi pada kehamilan kita...sekiranya ada komplikasi mungkin kita akan bersalin awal...Daripada pengalaman saya sendiri...anak sulung saya lahir pada tarikh yang diberikan oleh Doktor...syukur alhamdullilah..

So..mama-to-be and papa-to-be...tahniah sekali lagi atas anugerah yang Allah berikan kepada kita...mama-to-be kena relax bila masuk labour room..jangan lupa minta ampun dari suami kita, minta halal segalanya and terlebih minta Allah ampunkan dosa-doasa kita dan permudahkan kita semasa bersalin..insyallah semuanya akan selamat..ishtifar dan berzikir banyak-banyak semasa kita berada dalam labour room....

Semoga perkongsian ini membantu semua mama-to-be and papa-to-be di luar sana..



My first born Sufi Danish


My 2nd Son Sufi Irfan

 My twins, daughters Sufiah Alisha & Sufiah Aliya