Product Code : ZMB025D
Jeans Long Sleeve Dress Blue
Sizes :
6 (6-12M)
8 (12-18M)
10 (18-24M)
12 (2Y)
Price : RM50
Product Code : ZMB024D
Nora Bow Polkadot Long Sleeve Dress Pink
Sizes :
S (0-3M)
M (3-6M)
L (6-9M)
XL (9-12M)
Price : RM50
Product Code : ZMB11948SG
Princess Fishtail Dress
Fabric : Mesh + Satin
Sizes :
110 (2Y)
120 (3Y)
130 (4Y)
140 (5Y)
Price : RM75
Wednesday, 19 August 2015
Sunday, 2 August 2015
Petua dan Cara Berpantang Selepas Bersalin
Sesuatu yang menggembirakan apabila kita telah selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini...Kita memang excited nak tengok, nak pegang dan nak peluk buah hati kita setelah 9 bulan dalam kandungan kita...tetapi dalam keghairahan kita menerima 'orang baru' dalam hidup kita..kita jangan lupa tentang diri kita sendiri...penjagaan diri kita selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai amalan berpantang selepas bersalin...
APA ITU AMALAN BERPANTANG??
Amalan berpantang merupakan satu amalan yang dilakukan ke atas ibu-ibu selepas bersalin yang bertujuan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan samada secara luaran atau dalaman. Biasanya amalan berpantang ini dilakukan selama 44 hari iaitu bermula dari hari pertama selepas bersalin. Berpantang secara tidak keterlaluan tidak akan memudaratkan kesihatan ibu tersebut malahan kebanyakan ibu-ibu muda juga masih mengamalkan cara perubatan tradisional serta petua orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri semasa berpantang. Hakikatnya amalan berpantang ini juga merupakan satu proses pemulihan kesihatan dan emosi ibu tersebut. Kaedahnya adalah pelbagai, bergantung kepada budaya dan keturunan seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

MENGAPA AMALAN BERPANTANG ITU PENTING??
Amalan berpantang ini penting untuk memastikan siibu benar-benar pulih dan sihat dan juga agar kitaran haid akan kembali normal bagi perancangan keluarga. Rawatan badan secara luaran dan dalaman serta pemakanan perlu dikawal rapi sehinggalah tamat tempoh berpantang. Proses berpantang ini wajib dilakukan oleh setiap ibu yang baru melahirkan anak kerana pelbagai komplikasi yang telah dilalui sepanjang proses kehamilan dan kelahiran. Contohnya seperti menggunakan banyak tenaga semasa menahan kesakitan, ketika meneran bayi keluar yang manaurat saraf menjadi tegang dan kejang malahan ada yang mengalami kekurangan darah kerana banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran.
Rawatan berpantang perlu dilakukan secara tetap supaya dapat mengembalikan bentuk badan kepada asal terutamanya amalan pemakanan harian, ibu-ibu perlu makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Selain itu, ibu-ibu juga perlu mendapat rehat yang cukup untuk mengelakkan rasa pening.
Bagi ibu-ibu yang pertama kali mendapat cahaya mata mungkin akan mengalami apa yang dikatakan sebagai "baby blues" disebabkan waktu tidur mereka diganggu pada waktu malam kerana bayi menyusu dan meragam. Oleh itu, ketika bayi sedang tidur para ibu haruslah mengambil kesempatan juga untuk tidur dan berehat seketika. Kadangkala para ibu akan berasa tertekan dengan suasana baru ini tetapi dinasihatkan agar para ibu mengawal perasaan dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Pemakaian stokin dan baju panas juga amatlah penting untuk memastikaan badan kita tidak dimasuki angin dan bentan. Menurut orang tua-tua, sekiranya kita tidak memakai stokin maka dikhuatiri kita tersepak benda-benda yang keras yang boleh menyebabkan tumpah darah berlaku. Selain itu, para ibu juga adalah dilarang untuk mengangkat benda-benda yang berat kerana dikhuatiri peranakan atau rahim kita akan jatuh.
Amalan berurut, bertungku, bertangas, berbengkung, mandi herba, pilis dan lain-lain sangatlah penting dilakukan untuk mempercepatkan pemulihan badan termasuk untuk pelancaran darah, mengecutkan peranakan, mengembalikan kesegaran badan dan mengelakkan urat dimasuki angin.
TIP DAN CARA BERPANTANG
1. Bertungku
Bertungku sangat penting untuk membantu memecahkan darah beku dalam badan dan juga mengurangkan stress ibu. Orang yang bersalin secara ceasar tidak digalakkan untuk bertungku di bahagian perut tetapi boleh dilakukan di bahagian badan yang lain seperti belakang badan dan kaki.
2. Berurut
Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa proses kelahiran. Urutan biasanya dilakukan selepas beberapa hari kelahiran dan biasanya bidan yang mengurut akan melakukannya selama 3 hari. Bagi mereka yang bersalin ceasar, urutan pada perut hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan kelahiran kerana dikhuatiri luka pada bahagian pembedahan belum sembuh sepenuhnya.
3. Berbengkung
Pemakaian bengkung bukan sahaja untuk merampingkan pinggang tetapi ia juga amat penting untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul, dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.
4. Berpilis
Merupakan sapuan herba pada bahagian dahi untuk mengurangkan pening dan loya. Badan kita banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran oleh itu pilis digunakan untuk membantu mengurangkan pening dan kelam mata.
5. Mandi air rebusan
Part ini yang paling best...sebab kita akan mandi menggunakan air panas dicampurkan dengan daun-daun herba. Air rebusan daun-daun herba ini bukan sahaja mengembalikan kesegaran tubuh, tetapi juga mengembalikan kesegaran urat saraf dan menenangkan badan dan fikiran. Antara bahan yang digunakan untuk membuat air rebusan adalah seperti sintok, daun mengkudu, serai wangi, daun pandan dan daun sirih. Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.
6. Minum ubat air periuk
Ubat periuk sememangnya rasanya tidak sedap dan pahit tetapi pada masa sekarang mudah didapati dalam bentuk uncang dan teh...bancuh sahaja terus minum dan kepahitannya juga kurang sedikit jika dibandingkan dengan ubat periuk yang menggunakan akar-akar kayu yang semulajadi. Ubat periuk ini sememangnya baik untuk kesihatan dalaman seperti mengawal haid berlebihan dan keputihan, melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga, menyenangkan pembuangan air besar, mengeluar angin dalam badan dan menambah seri pada muka agar tidak pucat.
7. Rehat secukupnya
Selepas bersalin, kita terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru dan karenah bayi...sekiranya segala tip di atas telah diikuti tetapi kita tidak mendapat rehat yang secukupnya juga tidak akan memberi kesan pada kesihatan diri kita. Oleh itu, pastikan para ibu mendapat rehat secukupnya terutama sekali pada mingu-minggu pertama selepas bersalin. Waktu berpantang adalah waktu untuk para ibu memulihkan kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu juga turut tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu sibuk pula melakukan kerja-kerja rumah.
Oleh itu, proses kelahiran merupakan suatu proses yang menggembirakan bukan sahaja pada ibu tetapi kepada semua ahli keluarga...walaubagaimanapun, para ibu haruslah mementingkan kesihatan diri sepanjang tempoh berpantang kerana ianya memberi faedah besar bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga pada masa akan datang terutama sekali pada usia tua nanti.
Kepada semua para ibu...Selamat Berpantang.....

Subscribe to:
Posts (Atom)